|
January 11, 2012 08:14 PM PST
Masa kehadiran bahasa Arab ke Negeri Melayu secara amnya dan ke Malaysia secara khususnya masih tak dapat dipastikan dengan tepat. Sebab apapun, oleh kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber undang-undang Islam, tarikh kedatangannya tidaklah susah ditentukan jika ia dihubungkaitkan dengan tarikh kehadirannya agama Islam.
Kedatangan Islam bermaksud kedatangan bahasa Arab kerana memang tidak dapat diceraikan. Bahkan kedua-duanya saling utuh antara satu sama lain. Islam tak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai penyampaian. Tiada Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab sendiri tidak memberi apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti waktu sekarang.
Sebenarnya berbagai pendapat kedatangan Islam ke alam Melayu telah dikemukakan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara teori tersebut adalah mengenai dengan tarikh, daerah dan faktor kedatangannya.
Secara umumnya terdapat tiga pendapat utama tentang bagaimana cara Kedatangan Islam dan masanya iaitu sama ada melalui pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina.
Fatimi S.Q. berpandangan Kedatangan Islam ke tanah Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.
Hamka pula mempunyai teori bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengangarkan Kedatangan Islam ke alam Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan kewujudan hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon.
Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 mempunyai teori Islam hadir ke negeri Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).
Orang Melayu ketika itu secara umumnya boleh menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan hari-hari mereka. Sehubungan itu kita berasa yakin untuk menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.
Logiknya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab boleh diterima sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman maknanya pasti masyarakat Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pembelajaran bahasa Arab.
Jom belajar bahasa arab di sini.
|